Saturday, November 26, 2011

speechless!


KENAPA DAH GEMOK HA?????????




p/s : entry paling pendek aku penah buat! cayalahhhh!!

Monday, November 21, 2011

Apa Pun Tak Boleyyy!!

Ohoiiiii serabut kepala hotak!
semak!

semak sebab??
KEJA betimbun!
IDEA takdak!
MALAS kerja!

ehhh Encik Abah, Kenapa Encik Abah tak bukak company besaq?
Kenapa Encik Abah jadik cikgu?
Kalau Encik Abah ada company,
boleh la anak Encik Abah ni jadi Manager! hahaa 

Kerja aku ni sebenarnya ada orang dengar MUDAH,
ada orang dengar cakap SUSAH,
oh mana satu?
tapi bagi aku kadang-kadang susah
kadang-kadang sonang!

Photographer + Designer + PA System (AV)
tu je!
ohh seriusly tu je!
but aku ada la buat kerja macam Video editting ke, Videography ke,
tapi tak banyak lah!
Photog + Photo Editting banyak!
ohh well =,=

TAPI!!
aku sekarang tengah penin mecari sedikit ilham untuk
Banner Convo + Booklet + Website!
tolong bagi idea boleh?
it must look like coprate,
+ green technology skit!
hatoii!

tapi aku heran lagi pelik!
satu natang idea pun tak masuk lagi dalam kepala ni..
why darling why??
sebelum ni banyak nauuu idea singgah lam otak beku nih..
ohhh idea.. come to mama pleasee!!
aisehh!

tapi aku dah tau dah punca ni dari apa
dan pasaipa aku dah macam malas nak keja??
sebabnya!!!!
Minggu depan seterett dari Jumaat sampai Rabu lagi satu,
5 hari wokk!
aku pi HOLIDAY!
yahooooooo!!
so bye-bye la keja!
tak lalu aku nak hadap hang hari2! 
woot woottt :)
tak sabaq rasanya nak pi jejak tempat yang aku tak penah pi nii..
countin2 dayss :)

p/s : nanti aku bawak balik buah tangan Gambar untuk korang cuci mata ye! huhu..


tak dak sapa nak wish happy holidays kat aku..
so aku wish seniri jelah yee..
hahaa pownn boleyyy!

Wednesday, November 9, 2011

wordless wordmore! edisi : TOLONG JANGAN IM AKU LAGI!


hi?
hye?
hai?
hai sakinah?
ay?
salam?
salam kak long?
????
asalam?

(Ni aku print screen pada satu slot, banyak lagi ada nunn bawah disanaaa)


nampak tak status relation aku apa?
MARRIED!
okey?
get it?

Memang la aku belom berkahwin lagi!
tunang pun tak lagi!
tapi aku dah Di TAKEN!
tolong la paham..
rimasss dowh!

aku saja je letak status MARRIED,
sampai orang lain banyak syak bukan-bukan!
FYI,
bukan aku letak status MARRIED sebab aku gatai nak kawen
atau aku kawen dah nikah belom~! (orang stok otak teruk mmg suka pikiaq lagu ni!)
pala otak hampa la pikiaq lagu tuh!
aku saja letak supaya tadak la orang IM or CHAT or MESEJ aku!
tapii, apakan daya!
ada jugak orang IM..
haihhh rimassssss!!
aku memang tak minat nak kenalan2 dengan hampa semua!

huhh!
bye!

Tuesday, November 8, 2011

Review Movie Shark Night 3D + Alamak Toyol

hye uolss!
lepas da kenyang makan rendang lemang mak aku..
aku pun pegi la beraye ke Taiping Sentral!
wat ape kah??
harusslah menonton wayang!
tu je pekara aku suka kalau pegi ke Taiping Sentral tu..
sebab?
takde mendee jadah pun ada dalam tu.. haih!

okey!
moh !

REVIEW FILEM SHARK NIGHT 3D



SINOPSIS VERSI AKU :
Cerita ini pasal Sara (Sara Paxton), seorang gadis dari Bayou. Sara telah menjemput geng-geng dia pergi parti dirumah agam besar di atas air. Mereka adalah -Nick (Dustin Milligan), Beth (Katharine McPhee), 
Blake (Chris Zylka), Gordon (Joel David Moore), Malik (Sinqua walls), dan Maya (Alyssa Diaz). Sampai saja dekat sana, diorang pun bersuka ria laa.. Esok paginya, diorang main-main atas air.. naik boat then tarik kawan diorang.. Tiba-tiba kawan diorang tu terjatuh lalu hilang.. perghh suspen dah tau waktu tu! then lepas kawan diorang naik, tengok-tengok kawan dia ilang tangan sebelahh.. pastu banyak la kejadian jerung ni membaham sorang-sorang dari geng diorang! kalau korang nak tau korang gi la tengok kan! melemak aku nak cerita semua.. hahaha..

REVIEW AKU :
1. Cerita ni dari awal sampai akhir berbikini sahaja! wooott :)

2. Banyak scene and effect terkejut dalam movie ni..
aku asyik terkejut je! nasib takde heart attack! pergh!

3. cerita ni ada jalan cerita yang sangat menarik! aku memang kusyuk la tengok!


4. dengan adanya 3D menjadikan cerita ni lagi best! 
sebab aku rasa cam ikan jerung tu depan aku je.. perghh 3D!


5. Cerita ni ada part-part yang seramm, seram cara ikan jerung tu makan la.. perghh sadiss nak tengok!

markah aku bagi 8.5/10



REVIEW FILEM ALAMAK TOYOL!


alamak!!!
kenapa aku leh tengok cerita camnih?
haihh!!
alamak!!
den terpaksa! atas vote kawan-kawan mau tengok Alamak Toyol! aku redha je! :(
aku bukan nak boikot filem melayu,
aku suka tengok filem melayu,
tapi aku tak bleh blahhh tengok muka si toyol tu..
arghhhh mimpi ngeri troih!
okey meh kita review~!

SINOPSIS :

Pada satu malam, Pak Umar (Hamid Gurkha) telah menemui seorang Bomoh (Yank Kassim) untuk memperolehi toyol kerana dia ingin cepat kaya. Tetapi Pak Umar kurang bernasip baik kerana memperolehi toyol yang bodoh dan ingin memulangkannya, namun tidak diterima oleh bomoh itu. Pada masa yang sama, Fakhrul dan Kudin juga sedang berusaha mendapatkan duit dengan cara merompak tetapi seringkali gagal.
Pada satu hari, Fakhrul dan Kudin telah merompak Pak Umar, tetapi Pak Umar tidak mempunyai duit. Pak Umar bercadang memberikan toyol itu kepada mereka berdua. Tetapi mereka menolak. Lama kelamaan mereka menerima toyol tersebut. Maka bermulalah kisah mereka dengan toyol tersebut. Oleh kerana toyol tersebut tidak pandai mencuri, maka mereka berdua terpaksa mengajar toyol tersebut cara-cara mencuri yang betul. Pada satu malam, toyol tersebut telah memasuki rumah Farah dan bermula pertemuan mereka berdua dengan Farah yang ingin dibunuh oleh bos yang merupakan pengedar dadah. Cerita lanjut, di pawagam berhampiran.

REVIEW AKU :
1. Dalam filem ni aku suka pakcik umar je.. lakonan Hamid Gurkha! 
serius part pakcik ni je aku suka! hahaa

2. Aku seriusly tak suka tengok toyol tu! next!

3. Cerita ni aku rasa tak la kelakar sangat,
aku tak gelak pun dekah-dekah,
aku takat tersenyum je tengok hamid gurkha,
but orang sebelah-sebelah aku banyak gelak dekah-dekah..
aku tak paham.. aku yang tadak perasaan kah depa yang tadak perasaan?

4. Part gadis bogel tu aku tak paham apa motifnya? 
tak perlu buat konon-konon ada gadis bogel pun takpe kan?

5. Cerita ni macam tadak tinggal kesan pun kat masyarakat.. 
masuk wayang, tengok, gelak, keluar wayang, lupa troih.. hahaa


6. AKU SAKIT HATI sebab tempat duduk wayang aku berbau busuk nak mamposss!!
jenuh aku & orang sebelah2 kawal hidung & jenuh aku sapu minyak wangi penuh tangan aku, 
asal bau busuk aku tros cium tangan! bahahhaa..


markah aku bagi 6/10

Wednesday, November 2, 2011

Office-trip = Desa Water Park, Kuala Lumpur (entry penuh gambar!)


SELAMAT DATANG!
wah,... awal2 entry pun aku dah letak gambar kan??
hahaha..
harus la letak!
1st time jejak kaki dekat Desa Waterpark ni!
teruja uolssss!!
trip ni dengan office mate aku..
semuanya orang IT!
meh aku describe nama.. 
abg mie, kak marina, abg peruz, kak azi, kak dayah, abg razi, kak ani, wan n jamil..
then aku bawa BFF aku, kak fify! hoyeh! 

baru-baru sampai je dah kena cek beg..
yela dia takot la orang bawak masok makanan yang dari luar..
sebab kat dalam depa dah sediakan makanan,..
tapi aku bawak gak!
ada aku kesah depa tak bagi?
hahahah..
nasib lepas pemeriksaan beg :)


tudiaaa.. gaya seorang gengster masok ke Desa waterpark!
cara jalan tak senonoh langsung!
ahahahaha...
dah sampai ke sana, haruslah tangkap gambaq bukti sampai kan??

taraaaaa..
we olsss da sampai!!
nampak over aku lam pic ni!
i likeee !

okey.. mula-mula sampai mesti la kena beli tiket dulu kan?
so? ayuh kita beli tiket!!

minah perasan ni kalo nak wat ape-ape pon mesti nak posing kan? haih!
tiket taman tema air ni beharga rm24 sahaja untuk adult!
murah kan?
murah lagi dari Sunway lagoon, A famosa, dan Laketown Waterpark!

okey sesudah masuk harus la tangkap gambar dulu kan?
bukti! bukti okeh!!


tapi aku nampak gemok kan? gemok dan tiada mekup langsung di muka!
ohh my natural face! hahaha
natang tinggi belakang aku tu nampak menarik,
tapi aku tak naik yang tu.. sebab gayatt dowh!
tinggi gila! aku ni lak gayat!
nama natang tu tunderbolt..
tapi aku tak naik!
huh! xpa -xpa.. pasni aku pi, aku nak naik gak natang tuh!!

okey da sampai terus la mandi manda..
tak tunggu dah! hhahahaa


okey lepas dah penat-penat mandi di sini..
kitorang pi main menda yang paling aku takot kalo pergi waterpark whatthefuck ni!
hadoi

ni natang ni!
super tube!
ohoiiiiiiiiiii!! seramm meyh!!
tapi aku gagahkan diri naik jugak!
aku naik yg belah tertutup tu..
aku ingatkan yang tertutup tak la seram kan?
rupanya!
lagi seram..
gelap gelita tak nampak apa,
tiba-tiba konaaa je..
dalam bahasa baku - pusing jee..
tekejut mak noks!
paling lawak kitorang, means aku n kak fy ni
dua2 penakot..
so kami jerit sekuat kuat hatiiii!!
dah sampai bawah,
semua tengok kami pelik..
mungkin memang jeritan kami kuat la! hahahah :)
hanya ada pic jamil n wan je! ishh jeless!!!

pastu kitorang main ombak plak..
gambar ombak aku tak ambik ler pulak!
aiseyyh!!
tapi ombak ni best gak..
romentik je aku layan ombak dengan fify,
walaupun dalam keadaan panas terik kaww kaww punya!
sun burn mak noks!

okey moh layan pic-pic yang ade neh!

ni kak dya n husband dia.. abg razi!
dia HOT mama okeh! haha :)

ni dua orang mamat yang ada lam opis aku!
jamil n abe/wan (nama gelemer syaa riu riu.. euww! hahaha)

ni bos aku, abang mie dengan anak-anaknyer!

ni abang peruz n kak azi sekeluarga.. uhh comel gila dania! :)

kami!! :)

okey dah penat berendam lam air sampai kecut kaki kaki aku!
kami pown naik la.. wuhuu
sejuk seyhhh!

PIC AFTER MANDI

whoaahhh!
nampak tak sun burn kat tangan aku tu??
wooot!
tak suka langsung okeh!
sedihh!

ni aku nye opismate!
woot woot!!

selesai packing habeh!
kitorang pown balik laa..
penatt sudah weh..
sampai depan pintu selamat datang!
aku ajak semua begambar,
rugi pi tak bergambar..
hahaha


yeayy!! tamat sudah ceritaku di Desa Waterpark :)

L.O.L

haih penat menaip! =.=




Tuesday, November 1, 2011

Review Double Movie!! Real Steel + Dont Be Afraid Of The Dark

okey..
sejak kebelakangan ni aku asyik melayan movie je..
ntah ada angen movie ape ntah tibe2 mai..
okeh laa
seteret tu de poing!

meh aku review sal pilem

Real Steel 


aku kompem sangat lah kan
ramai yang dah tengok pilem ni kan?
memang terbaikk wo!!
tenganga-nganga aku tengok lam wayang..
hahaha..
tapi bagi sapa yang belom tengok lagi,
ape lagi tunggu????
pi tengok pi!!
sekarang!!
huhu :)

aku sebelum ni memang tak minat ah tengok pilem robot-robot lawan ni..
tak gegurl langsung la kan?
macam transformers tu..
memang TAK la aku tengok..
tapi citer REAL STEEL ni lain..
tak sama cam transformers..

Citer ni camnih sinopsisnye :

Filem ini mengisahkan perhubungan antara dua beranak iaitu ayah dan anak lelaki yang terpisah sejak anak kecil. Max yang kematian ibu, dibenarkan berjumpa dalam satu masa yang cukup singkat bersama ayahnya yang pernah menjadi peninju ternama dan dalam masa sama taksub dengan dunia tinju robot sehingga mencinta robot sendiri.
Minat yang mendalam itu tidak pernah memberikan hasil apabila robot ciptaannya yang ditugaskan memenangi pertandingan tinju tidak memulangkan hasil sehinggalah pada satu malam, ketika mahu mencuri bahagian robot yang pernah kalah di ruang tinju di sebuah lokasi terpencil, Max menemui robot, bernama Atom yang hampir tertanam di dalam tanah.
Max tidak menghiraukan larangan ayahnya membawa pulang robot dari generasi lama itu yang mempunyai kepandaian mengimbas perlakuan pemiliknya. Selepas diperbaiki, robot Atom masih berfungsi tetapi kehebatan diperkecil-kecilkan Charlie yang menganggap robot Atom sekadar robot yang digunakan untuk eksperimen semata-mata.

9.5/10 markah aku bagi! 
menarik tak??
apa lagi.. pi tengok pi!!
masih ada tayangan lagi!!

DONT BE AFRAID OF THE DARK


poster dia nampak cam citer seram kan?
kan?
kan??
hahaha
sebenarnya citer ni tak seram langsung la..
tapi ada part-part terkezut sikit la..
lam wayang tu pown aku leh terkejut then sebut "oh mak hang!!"hahah..

citer ni bukan citer hantu, tapi tentang makhluk yang kejam..
makhluk ni dia suka gigi budak-budak..
ala-ala hantu gigi camtuh.. hahhaa
then makhluk ni tak leh kena cahaya langsung!
sama ada kena cahaya lampu or cahaya matahari or whatever yang bercahaya la!
makhluk tu terkurung bawah rumah besar..
Setiap penghuni yang duduk dalam umah tu mesti kena kacau,
tambah-tambah budak kecik nama Sally tu..
tapi yang aku pelik,
makhluk tu pandai gila..
dia da lah kecik.. tapi relax je leh membunuh manusia..
okey movie ni aku bagi rate
8/10..

sekiann
byee uolssss
L.O.L