Wednesday, September 12, 2012

Hari Maki Sedunia

Salam.
hurm,
bad mood, bad mood.

kenapa hari ni aku rasa asyik nak marah orang je..
kalau dalam dunia ni takde law, dah berapa kepala dah aku nak tendang.
ada ja manusia nak buat aku marah.
pelik ar. hidop oh hidop!
pagi-pagi masuk office rasa nak tendang anak orang,
sial la.. kenapa aku camni ek?
buat keja pon aku da bosan.
cepat sangat bosan.
keja dah tetap, tapi malas nak wat keja.. acaner tuh?
okey.
senang cerita aku tak suka orang paksa aku buat kerja.
tu point dia sebenarnya.
aku suka wat kerja dengan rela hati.
bukannya
"sakinah, buat ini ini ini..."
"sakinah, buat itu itu itu..."
 tapi dah jadi orang bawahan, memang cenggitu la bahana dia..
mak suh belajaq pandai-pandai takmau.
pi sekolah, ponteng kelas.
hantaq pi tuisyen,  ponteng. 
cakap pi tuisyen tapi pi dating.
tu result macam haprak.
padan muka aku kan?
UPSR, PMR ada A, tapi SPM takdak.. B je dok kaut belambak. buat apa?
orang selalu tanya kau dapat berapa A,
ada orang tanya kau dapat berapa B?
ada?
okey lari tajuk.

sekarang mood buat apa pun takdak.
semua malas. 
boleh tak bagi aku cuti rehat satu bulan?
hoh.
masuk opis pun nak marah je kerja..
haih!
pastu main game, facebook.
tu je kerja aku.
game game game

NEED FOR SPEED MOST WANTED dah sampai wanted no 1,
COUNTER STRIKE dah pro dah jadi terorrist (hekhek),
BURGER SHOP dah habih main,
DINER DASH sikit lagi nak habih,
FREEDING FREENZY dah 6 kali main habih,
PIZZA FRENZY jangan kata la. 10 kali main top ranking je.
SUPERMARKET MANIA dah habih dahh,
TUMBLEBUGS 1 &2 nak habih sikit lagiiii,
TURTLE ODYSSEYS 1 &2 dah habih dah.
ZUMA DULEXE level last yg level 12 je tak lepas gi.
TROPICO 3 - EL PRESIDENTE dah negara ke 9.

KPI orang tengok game ka sakinah?
report report!
report pon dah tergendala setahun.
apa nak jadi?
wake up wake up!!
okey bye!
jom muhasabah diri.

Thursday, September 6, 2012

Happy Birthday to meeee !

Happy Birthday to me..
Happy Birthday to me..
Happy Birthday Happy Birthday..
Happy Birthday to me!

okey enough! over sangattttt!
hahaha,..

Pada tarikh bersejarah iaitu 3 September 1990,
aku dilahirkan dengan sempurna di Kampung Jana Sambungan, Kamunting
ya.. saya orang kampung!
 dan ye kampung tu rumah tok saya..
Jadi pada tengah malam 3 September 1990,
mak saya dah sakit nak beranakan saya..
usaha punya usahaa..
so pada tepat jam 3.30 pagi saya selamat dilahirkan di rumah tok dengan bantuan bidan..
sebab mak cakap nak pergi hospital memang tak dapat nak pegi dah..
dan pada hari tersebut lah saya dapat melihat dunia..
indah sungguhh, I LOVE YOU MY MOM :D
dan start pada hari tersebut la kakak saya yang no 4 tu dah tak jadi adik,
dan start dari situ la dia benci pada saya sampai ke hari ini!
ahhhh!! ape aku merepek ni! ghahaha

dan pada tarikh 3 September 2012,
cukup lah umur aku 22 tahun!
argghhh terasa tua disituu!
sebab saya masih terasa sweet 17 lagi..
hikhukk!

tapi tak best adalah tarikh tersebut jatuh pada hari isnin..
wahhh kenapa tak jatuh pada hari weekend!
nak berjimbaa!!

dan terima kasih kepada 200 orang yang telah wish dalam facebook saya!
wahh terharu rasa! tenkiu tenkiu!
dan tak lupa jugak kepada yang mesej n wish..
ingat gak uolss kat i kan! heheh

dan BIG thanks to my future husband sebab hadiahkan saya
Handphone baruu!!!
tiap-tiap tahun henpon, tahun lepas henpon, tahun ni henpon..
Alhamdulillah.. saya tak pernah beli henpon sendiri lagi.. ehhee
THANK YOU VERY MUCHH SAYANG!!



sekiann :)

Tuesday, August 28, 2012

Tutorial Adobe Photoshop - Cara untuk buat Header / Banner yang comel dengan cara yang mudah!!

Tutorial Adobe Photoshop dalam Bahasa Malaysia

Cara untuk buat Header / Banner Blog 
(tiada background di belakang)
versi mudah dan comel!




Assalamualaikum..
Hi!
okey letss start!!!
kepada sesiapa yang masih takde software ni.. 
boleh la download dulu dekat mana-mana website..
boleh google je senang..
if dah install tu! leh ikut step ina ni satu persatu ye?


1. Pada desktop korang, Klik pada Start dan pilih All Program.



2. Kemudian pilih la pada perisian 

Adobe Photoshop CS3 atau apa sahaja version  anda ada. sebab semuanya lebih kurang sama sahaja cara penggunaannya.




3. Dah klik pada situ, akan terpapar lah satu
antaramuka (interface) adobe photoshop
anda macam di bawah ini.




4. Sila klik pada File dan klik new. 



5. Akan terpapar antaramuka seperti di bawah ni. Pada kotak 
Name : awak boleh taip tajuk yang anda nak letak, 
tapi masa time save pun boleh tukar.
Preset : Anda boleh pilih size dengan mudah.contoh size A3, A4 atau size gambar.
Width : kelebaran size yang anda mahu.
Height : ketinggian size yang anda mahu.
Pixels : jenis format measurement yang anda nak, boleh pilih seperti mm, cm, inches.
Resolution : berapa resolution yang anda nak set
Colour mode : colour mode seperti CMYK, Bitmap, RGB.
Background contents : ini penting untuk ditukar sama ada nak background colour atau white atau transparet (untuk gambar tiada background dekat belakang)
untuk tutorial ini sila klik pada transparent 
untuk tiada sebarang background di belakang.
size untuk eina edit banner ini adalah : 1600 pixels X 535 pixels
setelah selesai klik okey!!



6. taraa! keluarlah objek seperti di bawah. step pertama ini adalah masukkan tulisan atau tajuk dahulu kemudian barulah gambar.
untuk masuukan tulisan, klik pada tools yang ada huruf T seperti di bawah 
dan klik+hold mouse mengikut tumbesaran size yang anda mahu.


7. Kemudian taiplah tajuk header atau apa sahaja 
mengenai blog anda didalam interface di bawah. 
kemudian highlight semua ayat anda
 dan pilih fonts, size, colour mengikut kehendak anda sendiri. janji cantik kan?

Tips Berguna : untuk mendapatkan font-font yang cantik dan comel dan cuteee awesome! anda boleh klik pada website : 1001freefonts dan download ke PC anda. Tutorial install font nanti ina buat okey!



8. Setelah set size dan font dan colour pilihan anda. 
Anda boleh set character dan paragraph pada tools seperti di bawah.


9. Setelah berpuas hati dengan tulisan. jom kita masukan grafik yang comel lotey kebabomm pulak..

cara untuk masukkan dan cara untuk potong gambar eina ada ajar di 
tapi untuk tutorial kali ini eina akan gunakan magic wand tools.


10. Setelah anda klik pada magic wand tools seperti gambar di bawah, 
sila klik pada gambar, contoh pada bentuk awan seperti di bawah.
kemudian klik copy dan paste pada hasil kerja anda tadi iaitu tajuk blog anda.
cara kedua untuk masukkan adalah tarik 
dan lepas ke layers anda tadi (drag & drop)



11. kemudian tarik la cantik cantik dan letak pada tempat yang sesuai.
dah siap!  so next step mencantikkan tulisan "tutorial adobe photoshop"
right klik pada ayat "tutorial tu dan pilih blending option
(sorry gambar rosak)

12. Untuk effect tulisan nampak timbul anda boleh klik pada drop shadow
dan outer  glow.. pada size, ada tarik panjang sikit untuk menampakkan effect shadow yang besar belakang tulisan, klik pada colour untuk ubah colour.
contoh seperti di bawah.


13. Kemudian anda boleh la masukkan bunga atau pokok atau apa-apa gambar untuk mencantikkan lagi header anda..
contoh eina masukkan bunga dan pokok.
Bagaimana hendak letak objek di belakang objek?
cara untuk pokok itu nampak ia di belakang awan adalah seperti berikut.


14. Alamak sorry gambar sedikit rosak.
okey berbalik ke cerita tadi, cara untuk letakkan objek pokok bertindih di belakang objek awan adalah anda 
hanya cuma perlu ubah layer pokok ke bawah layer awan.
layer box adalah seperti macam ni : 




15. untuk menambahkan lagi satu objek pokok dengan cara yang mudah adalah anda hanya perlu duplicate layer pokok tadi.
anda hanya perlu right click pada layer pokok tadi dan klik duplicate layer.
kemudian klik okey

16. duplicate selesai dan siap!! mudah kan?


17. kemudian save mengikut cara-cara di bawah.
klik pada save atau save as.

18. Pada format, sila pilih format .png 
untuk menampakkan image banner anda transparent.
kemudian klik save dan ada keluar  png option  sila klik interlaced.


Taraaaa!! siap sudah satu banner / header blog design anda sendiri..
so untuk masukkan banner tersebut dalam blog anda,
anda boleh upload dengan cara macam biasa di image 
ataupun dengan cara upload ke photobucket !!

so sesiapa ada masalah tak faham atau tak jadi atau apa-apa sahaja soalan 
boleh la comment pada entry ini.. InsyaAllah eina akan balas dan ajar korang okey!

________________________________________________________________________

this tutorial was fully create by me 
Eina Sakinah (www.cdiena.blogspot.com)
if copy apa-apa please inform me first okey! thankss!



Tutorial Adobe Photoshop - Kegunaan Marquee Tool dan Lasso Tool (untuk memotong gambar)

Tutorial Adobe Photoshop dalam Bahasa Malaysia

Kegunaan Marquee Tool dan Lasso Tool  
(untuk memotong gambar)


Assalamualaikum..
Hi!
err macam mana nak mulakan ye?
banyak orang tanya.
macam mana nak potong gambar guna adobe photoshop ye?
macam mana nak bagi gambar tu potong ikut bentuk yang kita nak untuk buat header blog atau sebagainya dengan senang ye?
ngeee~

harini aku terasa rajin sangat untuk buat tutorial menggunakan 
software Adobe Photoshop.
Software Adobe Photoshop yang aku gunakan adalah version cs3
yelahh adobe photoshop ni dah banyak version!
daripada aku kecik-kecik masa tahun 2004 aku guna adobe photoshop cs je..
tak la canggih macam sekarang ni kan..
kat Malaysia dah ramai pakai cs5,
tapi software yang aku ada dan selalu guna adalah version cs3.

okey letss start!!!

kepada sesiapa yang masih takde software ni.. 
boleh la download dulu dekat mana-mana website..
boleh google je senang..
if dah install tu! leh ikut step ina ni satu persatu ye?

1. Pada desktop korang, Klik pada Start dan pilih All Program.


2. Kemudian pilih la pada perisian 
Adobe Photoshop CS3 atau apa sahaja version  anda ada. sebab semuanya lebih kurang sama sahaja cara penggunaannya.


3. Dah klik pada situ, akan terpapar lah satu antaramuka (interface) adobe photoshop anda macam di bawah ini.


4. Pilih File - Open dan pilih file gambar yang hendak anda edit.
untuk lagi satu cara mudah masukkan gambar adalah pilih pada gambar dalam folder anda simpan dan tarik sahaja (klik and drag) dari folder ke 
antaramuka adobe photoshop anda.
gambar yang eina gunakan adalah dari shutterstock.com


5 . lihat pada tools di sebelah kiri anda. seperti tool di bawah.
klik pada Marquee tools anda iaitu yang ada petak empat segi dot-dot tu.
kemudian right klik dan pilih bentuk sama ada 
Elliptical (bulat), Single column (menegak) or Rectangular (petak).

6. Bila anda sudah memilih rectangular marquee tool, 
klik pada gambar dan tarik mengikut kehendak dan kretiviti anda. seperti dibawah
(maaf gambar sedikit rosak)

7. jika anda berpuas hati, right klik dan terdapat lah setting untuk marquee tools.
Deselect : untuk hilangkan kotak select anda tadi atau lebih mudah klik Ctlr+D.
Select Inverse : untuk inverse gambar dan kemudian klik delete untuk buang gambar luar dari kotak pilihan anda.
Feather : untuk kekaburan potongan anda. lagi banyak feather makin kabur tepi border potongan anda.

8 . Cara kedua untuk potong gambar mengikut shape anda suka iaitu contoh shape butterfly, love atau shape diri anda sendiri. boleh guna tools : Lasso tools.
caranya klik pada tools yang dibawah rectangular tools tu.
 gambar macam pemotong tu..

Lasso Tools : untuk memotong gambar mengikut hala tangan sendiri.
anda boleh lukis sendiri bulat ke, petak ke, bentuk love ke. 
(seperti di bawah)


Polygonal Lasso Tools : untuk memotong gambar bentuk petak 4 segi ke 5 segi ke, senang cerita poligon la. (seperti di bawah)


Magnetic Lasso tools : tools yang eina selalu guna untuk potong gambar sebab dia akan detect bentuk lekuk atau apa sahaja pada gambar kita. mudah dan senang!

TIPS BERGUNA :  Anda tengah syok potong dengan teliti tiba-tiba sampai part tengah-tengah point potongan anda lari? macam mana? takkan nak buat balik? penat bukan? so untuk kembali pada point last kita tadi hanya klik pada button BACKSPACE pada keyboard anda! senang! :)
  

9. Dah dapat gambar dan bentuk seperti yang anda ingini, boleh la copy dan paste pada image lain yang korang nak tindih or edit.

DAH SIAP!!!
senang je kan nak edit?

so sesiapa ada masalah tak faham 
atau tak jadi atau apa-apa sahaja soalan boleh la comment pada entry ini.. 
InsyaAllah eina akan balas dan ajar korang okey!

________________________________________________________________________

this tutorial was fully create by me Eina Sakinah (www.cdiena.blogspot.com)
if copy apa-apa please inform me first okey! thankss!

Friday, August 24, 2012

Salam Aidilfitri 2012


nah kad raya dari aku!
ikhlas dari hati yang tulus suci lagi murni ini.. wahh gitu!

untuk sesi post ni aku malas nak taip banyak.
just nak share about my hari raya story,
macam selalu lah,
memang time raya balik Taiping, Perak lahh haruuss!

Hari Raya Pertama


 macam team nasyid kan?
ohh kay! memperkenalkan dari kiri aku, kakngah, mak and kakya.
ni antara siblings-siblings yang ada pada hari raya pertama.


harus salam dan minta maaf dan yang paling penting sekali bagi duit raya dekat mak!
masa kita kecik-kecik mak yang bagi duit raya,
dah besar kita la pulak bagi duit raya pada mak. kan? 


anak buah pulak salam acu.. nasib baik anak buah acu ada 6 orang je.. 
leh la bagi lebih sikit kan ?


sesi tayang duit raya untuk bagi dekat budak-budak. eheheh


dah habis bersalam-salaman dekat rumah,
harussslah pergi rumah tok wan pulak..
beraya dengan sedara mara.. baru meriah baq hang!


HARI RAYA KEDUA



sesi beraya ke kampung abah pulak.. 
raya sakan pusing pusing
pergi rumah tok sedara, mak sedara.. semua pi laahh!
ahhaaahaha



okey ini over! gaya versi "5 days mc & sore eyes"... kau ade? hahaa
kalau tak tau leh search youtube. haha

HARI RAYA KETIGA


bila semua adik beradik balik dan ada di rumah,
mula la sesi tangkap gambar gedik -gedik.
paling tak boleh belah time ni kami tangkap gambar dekat rumah orang.
ada aku kesah rumah orang ke tak? janji ada gambar.. hahaha kan?


lagii versi versi mengedik depan rumah orang di bawah :-



maaf, budak budak ini telah disampuk oleh hantu sore eyes.. hahaa

lastly! my FAMILY POTRAIT


okey sekian sahaja dari saya 
mengenai klik klik photo raya saya ini yang dirakam dalam my new slr camera iaitu Canon EOS 600d.
sekiann!

Monday, August 13, 2012

Hebatnyaa kau!

Dia Hebat,
Dia hebat sebab dia 'cantik'

Dia Hebat,
Dia hebat sebab dia 'pandai'

Dia Hebat,
Dia hebat sebab dia 'kaya'

Dia Hebat,
Dia hebat sebab dia ada boipren 'hensem'

Dia Hebat,
Dia hebat sebab dia 'baik'

Dia Hebat,
Dia hebat sebab dia tak 'berdengki dengan orang'

Dia Hebat,
Dia hebat sebab dia sebab boipren dia ada 'kereta'

Dia Hebat,
Dia hebat sebab dia 'paling hotsss'

Dia Hebat,
Dia hebat sebab dia ada kakak yang 'cun'

Dia Hebat,
Dia hebat sebab dia tak suka 'menuduh orang'

Dia Hebat,
Dia hebat sebab dia dikejar 'semua lelaki'


wahahahaha.. ape aku merepek ini?
okey aku tak sehebad dia! bye!



Thursday, June 7, 2012

Trip to Medan, Indonesia - Part Two

Salam..
kepada ibu ibu bapak bapakk semua yang ada disinikk!
ini adalah sambungan kepada entry first tentang
trip percutian aku ke Medan, Indonesia..


28/5/2012

seawal jam 5.30 pagi (6.30 pagi malaysia)
dah kena bangun siap-siap untuk pergii ke??
ke Gunung Berapi Sibayak !
wahhh gunung berapi?
sangattt takot nak pergi..
sebab gunung berapi tu activ dan hidup!

  ni gambar Gunung Berapi Sibayak tu.. dekat brastagi..
tapi nak pergi ke tempat ni jalan perkampungan dia sangat la kecil..
tengok ! dekat sangat aku duduk dekat gunung berapi tu kan?
kalo larva keluar aku tak tau nak lari camna dah.. hoho..
tapi dekat sana banyak orang tanam pokok-pokok tumbuhan..
segarr kot!

tujuan kami kesitu adalah sebab nak mandi air panas!
air panas puree gunung berapi punya!
tapi paling tak bes aku leh tertinggal baju plak!
so takleh nak mandi.. dapat rendam kaki jelaah..
tengok mak aku... seronok dapat mandi dekat situ..
kolam ni ada jenis-jenis tahap kepanasan dia..
tapi memang kolam tu dekat je dengan gunung berapi.. asap dia pun still nampak lagi tuu..
heh sedih tak dapat nak mandi, rendam kaki tak feel langsung!
dekat situ diorang ada jual sulfer gunung berapi 
sulfer tu elok untuk kulit kita..
leh sapu dekat muka, tangan, badan dan semualah!
tengok my mom, dia pun nak sapu jugakk...
tapi memang sulfer ni elok..
lepass sapu basuh kulit teros rasa macam bayi baru lahir (mcm tipu kan)
Pemandian Air Panas Alam Sibayak..
tagline "Mejuah juah" adalah tagline welcome orang dekat sini..
macam dekat Danau Toba semalam kita cakap Horas!
dekat Brastagi kita cakap Mejuah Juah!
paham anak anak? hehe

dekat Brastagi ni kami stay dekat Hotel yang di panggil 
Green Garden Hotel, Brastagi.
ni adalah view dari bilik aku.. hotel ni kira okey cantik and bersih la..
makan pun sedap!! 
paling best tido sini.. sebab sejuk.. hoho!
gambar kenangan kat hotel sebelum check out..
next destination adalah Medan! wuhu..

Sesampai sahaja kami di Medan, Indonesia..
kami berhenti makan dulu dekat
Lubuk Idai, Medan..
dekat sini ikan bakar dengan ayam bakar dia sangat sedap!
makan pun makan bersila weyh!
ohh lupa semalam nak upload kami minum jus avocado dekat otw ke Brastagi!
 Jus Avocado ni kami minum dekat Restoran Istana..
sedappp sangat! rasa berlemak sikit..
harganya 15000 rupiah ! 
nasib 15ribu indonesia ye, kalo 15ribu malaysia aku tak tau camna!
15000 bersamaan  5 ringgit malaysia sahaja..
duduk sana aku dah pandai tau kira duit ribu ribu..
yelahh dalam beg duit ada Juta Juta (sambil wat muka belagak)

sebahagian duit yang aku bawak..
ni dah sejuta lebih rupiah.. hehe
tapi kalau duit malaysia kecik jee!

meh aku bagi Jadual matawang antara rupiah dan RM

 see perbezaannya?
antara ribu ribu juta juta dan RM malaysia?
tapi dekat sana memang banyak lah tempat untung 
shopping telekung, kain pasang untuk baju raya, kain pelikat.
tengok orang ramai mana nak shopping?
tengok kain pasang yang sangat cun melecun kebabomm tu..
memang sangat rambang mata lah pergi situ..
aku shopping sikit je..
kebanyakkan untuk diri seniri..
ada 2 kain pasang untuk aku raya, 1 pasang untuk sourviner, 
2 pasang telekung untuk sendiri dan sourviner,
2 helai kain pelikat dan yang lain sourviner keychain dan magnet peti ais..huhu!

selepas penat shopping,
kami ke Istana Maimon dekat dalam town Medan tu..
view dari bus.. semasa kami sampai ni hujan agak renyai renyai sedikit..
Sejarah tentang istana Maimon ni aku lupa dah..
sebab aritu tak take note and tak berapa nak ambik port bila orang tu cerita..
hehehh!
 cantik kan? dah nama pun istana, dah tentu lah cantik!
gambar depan istana sebelum pulang..
time ni letih dah rasa.. letih shopping!
hahaha.. sebab banyak oo kedai yang kami pergi..

Di Medan, Indonesia.. kami stay dekat hotel yang bernama
Hotel Grand Antares, Medan.
hotel ni antara hotel hotel yang gelemerr la dekat Indonesia ni..
okeyy dah sampai hotel lepas makan kita tidoooq!

29/05/2012

Hari terakhir aku dekat Indonesia..
Misi utama kami dekat sini hari ni adalah SHOPPING!!
tapi picture tak banyak sangat dah hari pasal sangat letih okey!
ni adalah view dari bilik aku.. jalan nampak lengang di pagi hari..
kalau time pukul 5 petang 6 petang hampaa takyah cerita la choi!
JEMMMM sangat jalan.. crowded!
duduk dalam bilik bunyii
"tiinnn tinnnn ponnnn ponnnnn pinnnn piinnnn"
semua dok tekan hon! memang orang dekat sini suka main hon!
kalau dekat Malaysia bunyi hon sikit dah makan Maki..haha
 okeyy masa untuk check-out la deyy!
byee byee hotel! moh kita bershopping!!

misi utama kami shopping pada hari ini adalah di 
Pasar Ikan!
Pasar Ikan? bukan lah membeli ikan!
dan takde jual ikan pun.. semuanya baju pasang,
telekung, dan pelikat n sewaktu dengannya..
tapi kain sini semua lawa lawa la.. rambang mata!
tuuu diaa cek mai cekk mai!
pilih jangan tak pilih..
rasa cam nak pilih semua ja..
nasib nafsu aku ni sabaqqq.. hehe!
dekat situ la aku beli 3 pasang baju.. nah puas ati aku! (mood raya)

lepas tu kami pergi ke Medan Mall..
masuk je mall tu aku tak tau nak beli apa..
sebabnya dekat malaysia pun ada mall, lagii besaqq!
huuhu.. so kami jalan jalan cuci mata je dapat..
dah jalan tu lapaq tak tau nak makan apa..
sebab dah 3 hari 3 malam dah aku mengadap nasik putih..
so aku nak cari makan lain pulak!
aku ni tak suka makan nasik!
taraaa! aku round punya round nampak la makanan fevret!
KFC!
tapi kali ni lain sikit suansana dia..
nak order pown 5 minit aku pikir..
sebab KFC sini menu dia lain and pelik!
semua menu ada combo dengan nasik! pergh pelik!
ni suasana kfc sana..
aku ambik set "super besar" kalau dekat sini kita panggil snack plate!
2 ketul ayam.. nasib baik nasik boleh tukar dengan fries.. selamat2..

okey semasa nak balik tu...
hohhh nak balik?? cepatnye kan?
adoi! semasa on the way nak balik,
kami singgah solat dekat Masjid Raya, Medan.
Masjid raya ni adalah masjid tertua di Medan ni..
walaupun tertua tapi senibina dia sangat cantik sekali..

lepas tu kitorang pun menuju la ke Lapagan terbang Polonia, Medan..
aku balik naik flight Air Asia.. gambar dah takde sebab sangat penat letih dan lapar..
dalam flight kami order air tin dan cheese cake yang sangat sedap!

so tu lah pengalaman aku berada di Medan, Indonesia selama 4 hari 3 malam :)
InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak pergi lagi bercuti..
maybe next destination adalah Jakarta or Bandung?? (berangan banyak duit!)
heheh
okeyy byee!