Thursday, January 31, 2013

Custom made Cover / Casing handphone

Assalamualaikum :)
 
harini berkobar kobar nak post something yang saya buat semalam
sampai pening kepala dan buntu buat ni semalam..
sampai penuh gam satu tangan.. ecehhh ini tipu
 
semalam saya ada usha usha lah kan dalam FB
ada satu page ni comel sangat dia buat custom made casing handfon!
saya tengok terus tergoda dengan semua design dia!
saya pun apa lagi! terus la whatsapp dia..
tanya untuk henfon jenis saya ni ada tak? dan berapa RM?
dia cakap untuk henfon jenis saya takde!
sooo sadd T_T
 
dan kemudian saya pun buat keputusan untuk buat sendiri
"alaaaaa senang jee pon!"
phiewwww! trust me.. ianya tak senang :(
 
okey let's get started!
 
first kita perlu beli dulu manik / bunga2 / lep lep yang comei comei cenggini
 
 
pastu saya kena bali satu hardcover baru untuk henfon saya..
sebab sebelum ni saya pakai cover jenis beg tu.. adoi
henfon saya adalah Sony Xperia SL..
bye bye cover lama.. hehe
 
 
 
 
okey dah siap semua bahan ayuh kita mulakan!
mula mula saya main letak letak dulu
tengah fikir gak nak design yang macam mana
tapi agak seksa gak fikir lah..
asyik tak cantik je..
camne orang tu wat boleh cantik?
uwaaa!!
 
contoh 1 :
 
 
contoh 2 :
 
 
contoh 3 :


contoh 4 :
 
 
 
contoh 5 :
 

mihmihmih..
saya tau tak cantik..
tapi bila kita buat sendiri, usaha sendiri..
baru rasa puas hati.. duit pun jimat..
kan kan kan?
 
selepas bertanyakan pendapat umum.. ecehh
last last kawan saya cakap yang no 3 tu cantik..
saya pun rasa camtu..
so saya decide untuk buat yang no 3 tu.. yeay!
 
so saya pun start,
mula mula buat titik dulu atas casing tu..
supaya tak lari bentuknya..
then gam gam satu persatu..
part ni susah sikit la.. saya pakai gam uhu,
so dia macam lari lari sikit..
aiseh! tangan saya pulak tak berseni,
memang agak susah disitu..
 
 
pastu saya letak pulak manik yang kecik kecik tu..
manik yang kecik ni lagi triple susah,
sebab dia kecik..
so agak comot sikit laa :(

 
jari pun penuh gam gam uhu.. aisehhh
 
 
 
 dengan tekun dan usahanyaa saya!
akhirnya siap!!! yeayyy!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
..
.

TARA


 


tak cantik takpe..
janji saya puas hatii yeay!!
 

 
 sekian :)
 
 


 


Tuesday, January 22, 2013

Semak keputusan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM 2.0)

Assalamualaikum..
 
 
harini saya nak update sedikit mengenai
semakan BR1M.
 
berbulan bulan yang lepas saya ada apply
untuk diri saya sendiri.. hehe :) 
 
kawan saya semua dah kecoh kecoh dah cakap
"BRIM dah boleh semak! dah boleh semak!"
 
saya tanyalah semak acaner tu??
kat website takde pon?
 
then rupanya kena call laa!
 
call now call now :
TALIAN HOTLINE : 1-800-222-500
UNTUK BANTUAN RAKYAT. 1MALAYSIA (BR1M),
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
 
 
selepas call,
bagi no IC,
diorang pun check lah saya punya status..
dan guess what!
lulus okey!
operator tu cakap saya di kelompok ke 2,
iaitu dapat dalam bulan Februari 2013...
 
syukur Alhamdulilah..
Terima Kasih kerajaan :)
 


Thursday, January 17, 2013

Dulu lain sekarang lain

Assalamualaikum..
Joyah buat peace!
dulu..
aku  hitam, kurus, gelap, tona kulit tidak sekata, muka besar dari badan,
tangan lagi hitam dari muka,
sampai orang gelar "jaclyn victor"
retisss tuuuwwwwwww (sambil muncung mulut)
ko mampu?

tingkatan 5, hitam, kurus, kuat ponteng kelas, bajet rock.
tingkatan 5, suka kepada warna hitam, bajet gothic!
  
haha.. so aku rasa sangat down la time tu..
tengok awek hots hotss vogie the vast dalam sekolah tu
rasa bencii bencii je..
jelouss hokeyy!
i tahu la i tak cantik, korang cantik! (jelly2)
bila jalan ramai-ramai dalam satu geng tu..
orang asyik ngorat kawan aku je..
terasa tau! i tau la i tak cantik,
jalan bersepah, dah rupa jantan..
tapi hati nurani i ni gegell hokey!! sentapp!
Pastu kalau laki ngorat tu rasa habih hati dah..
rasa "ohh i laa gegel paling hotss!"
huduhnya perangai, rasa nak penyepak diri sendiri. ok enough!
so selepas habis sekolah,
time nak masuk kolej
aku baru la nak start ada pencuci muka sendiri,
krim muka sendiri..
masa time tu nak mintak mahal mahal kat mak pun rasa takut..
tangan nak capai Loreal, tapi tengok mak, takut!
sebab mahal!
so ambik fair and lovely..
aku balik rumah, kakak aku gelak pakai fair and lovely!
okey fine! lantak laah situ kan..
janji kulit aku putih nanti ! (detak hati kecilku p/s: ayat nak novel je)
so sejak aku pakai fair n lovely sebagai krim utama,
dan bedak tabur silky white tu.. aku rasa muka aku macam putih sikit laa..
(SIKIT JELAHH)
pastu mak aku kesian.. dia belikan bedak silky girl yang two-way tu..
then hari hari aku pakai bedak dan krim fair n lovely itu!
so hari ke hari,
bulan ke bulan.. aku rasa aku dah semakin putih dan mampu pakai tudung warna putih..
dulu serius takut nak pakai tudung warna putih..
sebab takut nampak muka hitam!
errghh!
dan guess what!
hot jugak la aku rasa kat kolej time tu..
pasal ada gak la laki sudi sudi nak ngorat aku..
waloponnn aku memang tak layan
sebab dah ada boifren!
mihmihmih...

tapi sekarang macam macam produk dah la pakai..
pencuci muka : loreal / ZA
krim muka : masih Fair and Lovely
foundation : Elianto
bedak : Silky Girl

alat mekup semuanya dari Silky girl dan Elianto :)


2013, Berisi, putih, kulit tiada masalah
moral of the story..
tak semestinya yang hitam dulu takleh jadi putih,
SEKIAN :)


Thursday, January 10, 2013

Segmen Jiakreatifelt:Pencarian bloglist 2013

Assalamualaikum :)

okey harini ina tertarik untuk join satu segmen dipanggil




ni link blog Jiakretifelt ye.. 

selepas segmen ni insyaAllah dia akan letakkan kita dekat bloglistnya :)
blognya pun cantik and adorable sangat okey..
so apa tunggu lagi? jom lah join same..
btw, segmen ni akan tamat pada 13 Januari 2013 ok.. so ada masa 3 hari je dari sekarang :)
wink wink wink..

Tuesday, January 8, 2013

Rebat telefon pintar RM 200 dan cara penebusan telefon

Assalamualaikum semua :)
 
okey harini saya nak bercakap eh silap menaip mengenai
REBAT TELEFON PINTAR RM200
yang diberikan kerajaan untuk golong belia macam saya nih..
belia sahaja ok, yang tak berapa nak belia tu maap ler :)
 
okey so saya pun try la apply,
sekali try tak boleh, takpa la.. try kali ke dua.. tak boleh lagi..
sakit pulak hatiiii!
kali ke tiga empat lima takleh.. okey fedup.. tutup web tu!
 
keh keh keh..
nak dijadikan cerita semalam saya saja try test masuk web
 
 
 
dan guess what!
 
BERJAYA okeyy!
sambil angkat-angkat kening tanda bangga dengan diri sendirik!
hehehe
 
 
okey bukti sudah ada..
tak tipu korang lah..
okey okey okey!
pastu dah print lawa lawa..
soalannya berbunyi begini
 
KAT MANA NAK TEBUS REBAT TELEFON PINTAR RM 200 NI?
sekema abes soalan dia kan?
 
so aku dengan blur dan kelirunya dok search search blog..
ishh takde kaborr! call skmm, line bz..
soo acaner ini?
so lepas aku baca FAQ dia.. baru la aku tau..
kena beli dekat pemberi perkhidmatan,
uikk sape tu?
pemberi perkhidmatannya adalah seperti
Celcom, Maxis, Digi, U mobile, Tune Talk, YES dengan Clixster..
so korang kena pergi mana mana kedai center dia untuk tebus..
macam semalam aku pergi dekat mines, semua center tak boleh tebus, hampeh!
so aku pergi Alamanda..
Alhamdulilah aku sayang Alamanda, sebab boleh tebus kat situ..
takyah pergi masuk KL redah jem semata mata untuk tebus rebat tu.. keh keh keh..
Tapi.. pilihan telefon dekat situ tak banyak la..
dekat maxis hanya tinggal Samsung Galaxy Y je,
dekat Digi hanya henfon yang ada kat situ je..
Macam HTC One X, Samsung Note, Samsung S3,   Iphone 5 pon boleh..
kalo mampu.. kih kih kih..
 
so apa tunggu lagi? kalo dah lepas tebus tu..
pergi je redeem sebelum terlewat!
 
 
 
SEKIAN wasalam :)

Saturday, January 5, 2013

Tutorial Cara Install font comel-comel

Assalamualaikum!
hyeee everybody..
hari ni ina nak buat tuto request dari blogger comel
 bernama Aira Dawson :)


okey mari start pembelajaran kita untuk hari ini..
caranya amat mudah, simple dan confirm korang boleh buatt sendiri..
trustt me bebeh!

okeyy first step..


1. korang boleh taip dekat google untuk download fonts..
ni bawah ni saya bagi contoh satu web font yang boleh download secara PERCUMA!!
suke tak suke tak?? hoyeh!
then web ni pon memang banyak la font cantik cantik dan pelbagai stylistaa upss!



2. Pilih la font paling menarik tertarik yang korang minat, then klik "windows Download seperti di bawah ini.. 




3. Dah tekan download automatic la akan keluar download box seperti di bawah tu kan (kalau korang guna google chrome) selepas selesai klik open download folder.


4. File yang korang download automatic akan masuk ke dalam Zipped Folder.. so korang perlulah extract files tersebut dahulu.. cara seperti di bawah.


 5. Semasa nak extract files tu, akan keluarlah box macam ini.. takpayah baca panjang panjang lebor, hanya klik ok sahaja.. hehe :)


6. Setelah siap extract files font tadi, akan terhasillah folder font korang untuk guna nanti.. jyeh!




7. Okey jom masuk part install font.. part ni ramai orang tak faham selalunya.. sebab ramai hanya tahu download, pastu tak tahu camne nak install kan kan? So korang boleh right klik pada mouse, then kalau pengguna Windows 7, korang boleh klik "install" tu terus, tapi untuk pengguna windows XP, korang kena klik pada copy.. then korang leh ikut step ina buat pasni hokeehh!!




8. Setelah selesai copy font tadi, korang bukak my computer dan tekan pada file C:
kemudian pilih "Windows" dan kemudian klik folder "Fonts"



9. Akan terpaparlah paparan seperti di bawah ni kan? so.. korang paste je dekat folder fonts tu..




10. Lepas paste, akan terpapar box install seperti di bawah ini.. 



11. Dah siap! senang je kan? so korang leh la bukak Adobe Photoshop korang dan try cari fonts yang korang install tadi.. mudah kan? ohh btw, font ni bukan sahaja leh guna untuk photoshop sahaja, malah semua perisian pun boleh macam microsoft word ke, powerpoint ke.. ape ape jelah kan..
so selamat mencuba dan menjadi kretif dengan font font yang comel dan cute ni :)



so sesiapa ada masalah tak faham atau tak jadi atau apa-apa sahaja soalan 
boleh la comment pada entry ini.. InsyaAllah eina akan balas dan ajar korang okey!

________________________________________________________________________

this tutorial was fully create by me 
Eina Sakinah (www.cdiena.blogspot.com)
if copy apa-apa please inform me first okey! thankss!

Friday, January 4, 2013

Contest Blog Paling Cantik 2013




Assalamualaikum..
winkk winkkk winnkk! 
saya sengaja nak join contest blog cik atiey..
sebab rasa macam blog ni cantik la di mata saya,
di mata anda saya tak tahu lah kan? well..
u olss pun boleh join jugakk..
klik link bawah ni utk join..
contest ni by blogger seindah namamu


Hadiah

 Pemenang Blog Paling Cantik : RM50
 Saguhati (2x) : Topup RM20


okeyy thats all..
thank you :)

Cinta

Assalamualaikum..
yaa, harini aku nak story mory about personal life sikit..
about my only love..
disebabkan hampir lagi sebulan je
kami dah nak masuk tahun ke 6 bercinta..
6 tahun okey!
2007-2013 bak cakap member aku,
kalau dah ada anak taun ni anak hampa masok tadika dah!
 
Al kisahnya haritu aku pergi kursus kahwin dengan dia dekat Jakim, Putrajaya.
disebabkan aku takot sangat lah kalau nak kena pergi kursus seminggu,
sebab kabar kabar angin cakap 2013 depa nak buat kursus seminggu..
tapi itu khabar angin saja lah..
ustaz tu cakap diorang tak buat lagi macam tu..
 
bila dah pergi kursus kahwin, belajar bab cinta kawin,
hati aku lagi kuat la mengatakan yang dia ni jodoh aku..
bak kata orang pun tak elok bercinta lama-lama..
takut terjerumus ke arah yang lain..
sebab syaitan sentiasa mengoda kita kan :)
bak kata ustaz lagi "bercinta sebelum kahwin adalah cinta palsu"
nak best, bercinta la selepas kawin..
haa aku cakap jela, tapi aku pon bercinta gak kan! haha..
tapi actually memang bagus sebenarnya camtu..
bercinta selepas kawin, baru laa tiap hari sayang..
 
"pemilihan suami - menghayati agama, akhlak mulia, mampu pimpin keluarga dan kufu"
adakah bakal suami saya ada semua ciri ciri yang diatas ni?
insyaAllah..
memang kita kena cari semua 4 contoh suami di atas..
tapi, insyaAllah saya tahu dia ada semua yang diatas..
tak boleh cari yang terlalu perfect sangat, sebab saya pun tak perfect sangat pon..
 
"dikahwini perempuan itu kerana hartanya,keturunanya,
kecantikkannya dan agamanya. maka pilihlah dari kalangan itu nescaya kamu akan selamat"
 
adakah saya pula tergolong dalam golongan di atas mengikut hadis di atas?
insyaAllah..

 
sumber gambar : http://www.sleeplessinkl.com 
 

kenapa semua gambar hilang???

ohh my!
kenapa semua gambar dalam blog saya hilang!!!
someone please help me!
dah takde idea dah nak cari balik picture untuk post post yang lama..
TOLONG!!!


(entry paling terpendek saya, dah ala-ala tulis status dekat pesbuk pulok! aiseyh!)

Wednesday, January 2, 2013

Bye Bye 2012

Assalamualaikum :)

hi all..
Sorry saya terlupa yang saya ada blog, 
dah berbulan bulan dah saya tinggal..
lepas ni saya akan kembali aktif untuk buat tutorial adobe photoshop 
sebab lepas saya buat tuto je followers saya terus ramai meningkat naikk!.. 
hehe tenkiuu yee awok awok semua yang follow tu.. 
pasni saya akan follow balik then akan wat tuto tuto adobe photoshop
 yang lebih awesome dan handsome lagik! aumm :)
dah 2 bulan bizii dek non..
pasni saya muncul kembali! yeayh!
byee!