Monday, August 26, 2013

Mohon Terasa

Assalamualaikum..

ehem hari ni ina nak update sikit mengenai orang yang suka jaga tepi kain orang.. situasi ni terjadi pada kawan eina.. siapa dekat sini suka orang jaga tepi kain korang? tolong angkat tangannn!! hehe..
confirm! tak de siapa suka kan?

erm bukan apa la.. ina tak suka la orang yang suka jaga tepi kain orang ni..
dah macam takde keje lain dah kan orang tu? hari hari dia tak senang duduk kalau tak tahu apa kita buat satu hari.. kiranya diorang ni orang paling "care" pasal kita.. kita buat apa, keluar dengan sapa, pergi mana, update status apa, update blog apa, update twitter apa.. stalker diam diam.. diorang lah orang paling pantas sekali tahu. pastu kalau tahu tu dok diam diam takpe la. ini kutuk pulak.. hihihihihi gelak dalam hati. apa ke busuk sangat perangai entah la kan? padahal kita pun tak nak ambil menahu sangat pasal diorang.. kita ada kerja lain lah.. BZ, bukan 24 jam nak ambik tahu pasal dia.. tapi nak buat macam mana, dia sayang kita sangat sangat.. hihi..

jap ina nak bagi contoh.. gitu sekarang main contoh2.. bagi senang faham :)


oh tak nampak ek ape derphina ni update? hehe jap nak zoom ;)


tengok.. caring sangat dia.. sampai tak sabar sabar tunggu kita nak update apa.. hehe kelakar la orang macam ni.. saya pun ambil tahu jugak la pasal orang, tak lah nak cakap saya ni baik 100% tapi kita taklah 24jam sanggup tunggu depan leptop/henfon semata mata nak tengok orang tu update apa.. kutuk ke, perli ke.. padahal sebenarnya kita tak kisah pun pasal orang tu..

tapi orang yang busy body tu bila dah kutuk, dia nak tunjuk pulak kebaikan dia.. konon dia tak pernah buat.. dia sentiasa nampak baik depan umum.. pastu suruh la orang komen berteka teki "siapa tu??" "siapa tu??" masuk pulak batu api yang duk mengkomen "wehh sape tu? bagi tau la dekat sini.. letak link fb".. dia pulak tulis "malas cerita siapa, nak tahu IM lah itewww.. hikhik"

pastu buat lah hashtag MOHON TERASA.. kadang2 orang yang terasa ni malas gaduh dan biar, let it be.. malas emo emoo status update kat facebook, malas gaduh gaduh macam budak budak.. so dia akan lebih buat derk.. bila dia buat derk dan tak layan.. takpayah la nak MOHON TERASA MOHON TERASA bagi punca gaduh pulak ye..

sudah sudahlah tu ye.. jaga lah tepi kain sendiri dulu.. perbetulkan diri sendiri dulu sebelum asyik cari kesalahan orang lain.. jangan sentiasa nampak kebaikan diri sendiri..

kalau nak menegur, ada caranya, bukan dengan asyik nak bagi orang terasa je..

paling penting kena ingat, kesabaran orang ada hadnya jugak.

orang yang nampak baik, tak semestinya baik, 
orang yang nampak jahat tak semestinya jahat, 
dont judge book by its cover. 

layanlah kata kata dari Saiful Nang ni :



sekian :)

Friday, August 16, 2013

cerita hari raya saya

Assalamualaikum :)


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATINNNNNNNNNNNN :D

ehem.. amacam raya korang?
dah naik 5 kilo ke acaner sekarang ni? eina dah tambah 2 kilo dah ni..
ni laa penangan dok hari hari ulang makan lemang ketupat lemang ketupat..
nak nak pulak rendang mak tu sedap.. Ya Allah setahun sekali je dapat makan lemang + rendang mak tu.. erm betul betul kegembiraan yang tiada bandingan..

pastu pulak pi beraya rumah kawan kawan, nak nak pulak satu hari pi raya 5 rumah.. kena la makan kan.. kang sentap pulak pegi minum air pulak.. ada laksa, koteow sup, mee kari.. fuhh habis diet i okey! haha


raya 1st saya pakai baju color peach, peach ke? peach kot rasanya kaler ni..
bantai pi laa.. hahaha buta warna sikit, kadang2 macam nude color pun ada..
eh sebenarnya kaler apa aku pakai ni? eh.. haha


aktiviti wajibbul di pagi raya adalah bermaaf maafan dan salam raya.. inilah ibu saya yang sangat dicintai disayangi dipujapuja di semuaaa lah! i luv u mom! walopon anakmu ini sedikit nakal.. kah3..


tengok, sempat kau nak bagi duit raya dekat mak pun siap posing tengok kamera, oh btw jangan salah anggap ye, saya memang dah tak dapat duit raya dan Officially dah rasa tua sebab memang dari taun lepas lagi orang dah tak hirau nak bagi duit raya, saya jee dok bagi kat orang.. hehehe ;D


1st raya familia picture.. haha perangai.. btw kakak kakak saya takde sebab raya rumah mertua diorang.. so ini adalah kakak ipar saya sahajalah :)


 aktiviti wajib lepas tu adalah beraya rumah tokwan.. lahh tak jauh pun.. dalam 2km je dari rumah.. boleh lagi kayuh basikal tak penat pun.. tapi bahaya sikit kena tempuh jalan besar.. so better naik kereta... eh motip cerita sini? next.


raya kedua pula adalah beraya ke rumah rumah kawan kawan dan expecially rumah bakal mertua la.. ehem! haah

 sebelum pergi kena la posing dulu dalam kereta sambil panas injin.. verangan sangat kan! hahaa.. masa time ni la best tangkap gambar sebab mekup tak cair lagi.. gituw..

gambar ni diambil depan rumah bakal mak mertua ye.. mak mertua saya sporting, dia yang suruh posing situ.. feeling taman bunga sangat kan.. siap adik dia pun tangkap gambar, sangat feeling retis tatkala itu.. hihi..

yaa dan inilah kawan kawan saya, yang tudung putih tu eton, yang tudung pink tu leha. nama nak kampung sangat kan? padahal dua dua nama sedap.. sorang ezzatul, sorang shariha, tapi? jadi eton dan leha. sangat comel.. hahaha



hari raya ketiga pulak kami buat photoshoot family, sebab semua kakak2 saya dah balik.. haa time ni laa time paling best, sebab photographernya encik buah hati saya.. masa dia tangkap2 gambar mak jeling jeling je.. dah kenape mak? hihi..

ini baju raya ke 3 saya, beli on9 je.. i like <3 p="">tudung tu beli semalam raya ke 2.. orang tu dah nak tutup kedai dah.. bagi borong beli 3 helai rm 15 je. hahaha







sebenarnya saya tak sangka depa semua nak pakai purple pink! hoi dah kenapa hampa ni semua baju sama aku je kaler lain? oh nasib mak geng.. sep mak sep..
takpelah saya lain dari yang lain. baru menyelah sikit.. ghahaha poyoo sangat.. baru la warna warni aidilfitri kan sebab kaler lain lain..


anak buah acu.. 7 sebenarnya semua.. tapi seorang baby lagi.. tak mampu nak posing duduk dekat situ.. paling penting semuanya hero! seorang je heroin.. nasib lah kakak.. tak de geng.. haha...

ini famili encik along

 ini famili kakngah


 ini famili mat naim


 ini famili kakya

ini kami warga bujang trang tang tang tang.. 
tak pa mak, kita geng.. hihi..


tak larat nak cerita.. korang layan gambar je boleh? alaa boleh laa boleh la...



















oh ya dengan ini saya menamatkan entry saya dengan serangkap pantun..
wah gitu pandai main pantun sekarang ni..

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban


akhir kata SELAMAT HARI RAYA :)