Thursday, November 21, 2013

Senyum

Assalamualaikum,

haii korang.. first, ina nak tanya korang la kan, pernah tak korang pergi singgah kedai, tak kisah la kedai makan or kedai jual baju or what else, sedang korang duk syok pilih pilih baju pastu tanya size ke harga ke, yang minah kerja situ buat muka macam muka mintak penampar? berat benor nak senyum nye pun.. macam tak ikhlas je kan bekerja?

ina bila kena situasi macam tu kan, sure mood ina nak beli terus takde, dalam minat nak beli terus rasa macam tak minat and menyampah meluat terus. rasa nak sound je dia siap pandang kita atas bawah macam kita takde duit pastu muka diorang nak kerekk je kan? tapi ina takpernah la sound lagi, banyakkan bersabar dan terus belah je..

pastu kan ina nak cerita yang ina kat office kadang kadang kena jaga kaunter tau, kaunter tu kaunter LCD, sejak dua menjak ni ramai yang tegur ina "senyum la sikit kak" "amboi garangnya muka" "beratnya nak senyum?" Ya Allah serius time tu ina tersentap sangat sangat. teruk sangat ke muka aku? ina tertanya.. sebab sampai ada dua tiga orang tegur. macam servis yang ina bagi ni teruk sangat. tapi ina akui la, memang kalau orang yang ina tak kenal memang ina susah nak mesra and bersembang and apatah lagi buat muka hemoih (bahasa mak ina) muka hemoih tu macam senyum terhegeh hegeh camtu.. hehe..

tapi tu lah.. rupanya bila ina duk benci orang yang muka kekwat kerja dekat kedai tu, rupanya diri sendiri pun macam tu hoiii.. rasa macam dunia ni adil sangat. aku fikir orang macam itu, orangpun fikir aku macam tu. as simple as that kan...

sejak dari kejadian tu ina makin murah senyuman sikit la bila terkena turn jaga kaunter tu kan.. supaya orang tak meluat tengok muka kita.. bukan apa, bukan susah pun nak senyum ni.. ina dulu malas senyum dekat orang especially lelaki sebab taknak kena cop gatai, yelah yang sekerja dengan ina tu semua pangkat bapak bapak orang,, kang diorang ingat kita ni gatai pulak kan nak senyum senyum. narrow minded sungguh aku ni! hehe..

okey mulai saat ini sila la senyum senyumkan diri.. jangan kita je asyik nak nampak salah orang, judge orang sedangkan diri sendiri pun buat perkara yang sama. and please jangan nampak senyum kita ni fake sangat walaupun penat.. hadap jelah nok! hehe

sengeh jelah kak oi.. bukan susah pon. hehek