Tuesday, December 31, 2013

Aman Shortfilm - BTS & Trailer

Assalamualaikum,

hye korang! Happy New Year in advance! muhehe sebab lagi berapa jam je lagi kan! Tapi kali ni taknak update pasal Azam tahun baru segala.. sebab tiap tiap tahun duk azam yang sama je dari berapa tahun yang lepas! tapi asyik tak jadi je.. tapi ada satu azam tu insyaAllah jadi pada tahun ni, di pertengahan tahun. nanti ina story mory lah pasal tu di next entry..

entry kali ni nak habaq sikit dekat korang pasal satu shortfilm yang aku join setelah dijemput oleh tuan pengarah Alaka Zam (klik link untuk ke youtube channel) dan tolong subscribe okey..  aku digandingkan dengan selebriti youtube iaitu AmanWan (klik link jugak untuk tonton video2 yang aman buat) dan jangan lupa subscribe aman jugak ye! aku pulak? ohh ada satu video je dalam youtube, sebab takde keyakinan diri untuk buat vlog walaupun teringin. muhehe.. so takyah subscribe aku :D

so awal bulan disember haritu kitorang start shooting, dekat Putrajaya je.. nasib baik dekat uols. senang la aku datang kan.. so time tu la first time aku jumpa Alakazam dan amanwan.. nasib baik dua dua sporting so taklah segan sangat. muhehe..

tapi aku ni susah sikit nak hafal skrip, asyik lupa je. dah memang pelupa tu sifat aku takleh buang dari dulu.. so asyik cut cut cut jelah.. kesian lah tuan director dengan en videoman.. tapi akhirnya siap jugak dengan jayanya! yeay! so meh ler layan gambo yang ada!




















tapi time ni aku rasa entah hapa hapa sangat sebab makeup mata aku yang sangat buruk.. mata aku jadi sepet! dah kenapa? aku tengok dalam gambar pun nampak sepet, dalam video pun nampak sepet. menyesal gila rasa mekup camni.. lepas ni kalo ada lagi berlakon memang takkkk dah la aku nak mekup T_T



dan terima kasih jugak untuk kawan aku Ezzatul kerana sudi teman aku dua hari berturut turut tanpa merungut.. hihiii ai lebiu lah :)





okey jom layan video trailer shortfilm yang bertajuk AMAN ni yer.. sorry atas lakonan kaku aku tu.. akan diperbaiki lagi.. dan sorry atas kebanyakkan gelak kerana itu sifat aku yang tak dapat diatasi.. dah memang kaki gelak.. muhehehe im sorry! ehh taip pun nak gelak T_T

Terima kasih untuk tuan director kerana sudi ambik Eina Sakinah ye :D
dan nanti jangan lupa tonton Full Shortfilm AMAN ni okey?
ini baru trailer je, full dia tunggu tahun depan.. akan datang! see ya..


AMAN SHORTFILM TRAILER



sila subsribe dan support Youtubers Malaysia!!!! 


Terima Kasih :)

Monday, December 23, 2013

aku dan kucing

Assalamualaikum..
entry sangat panjangggggg. muhehehe

entah kenapa eh? sekarang ni aku tiba tiba teringin sangat nak bela kucing balik. ya, aku memang pencinta kucing dari dulu lagi.. sejak dari umur aku darjah 3, aku ada bela seekor kucing, eh bunyi macam karangan bahasa melayu darjah 3 pulak kan? aku dan seekor kucing. oh sorry, berbalik kepada ayat di awal tadi, dulu aku ada bela seekor kucing kampung, nama dia Oyen, warna dia keoren orenan sebab tu panggil oyen, aku kutip dia dari tepi jalan and bawak balik.. masa time tu mak aku dia tak suka sangat bela kucing ni, tapi aku nak jugak. kira apa aku kan? so dah bela sampai tahap sayang gila gila. hari hari aku main dengan oyen, oh lupa nak cakap, aku masa kecik kecik kurang teman sepermainan, disebabkan kawan sekolah aku semua jauh dekat taiping, rumah aku dekat kamunting. so takde member berdekatan, so aku main lah bersama si oyen yang comel ini. dia bijak gila. hari hari dia dengar aku sembang dengan dia. aku anggap dia pakwe aku time tu (tiba-tiba) lepas tu aku selalu tidur dengan dia. dia ni manja oo.. time mak aku and kakak aku bukak pintu pagi pagi depa pi sekolah, oyen selalu masuk dalam rumah and masuk bilik aku dan tidur tepi aku, al maklumlah time tu aku sekolah petang, so aku bangun lewat la.. dia sentiasa tidur tepi aku.. sampai kadang kadang aku terpenyet dia. muhehe.. comelnyaa bila teringat balik.. pastu kan dia suka tidur dalam bakul dia.. situ port tidur dia.. kalo nak cari oyen hilang, tengok la dalam bakul dia.. hehe lagi satu dia baik, tak pernah kencing berak dalam rumah walaupun dia sentiasa duduk dalam rumah. kalau nak terbuang air besar je mesti dia keluar. lepas tu kejadian yang tak diinginkan berlaku, ada satu pagi tu time mak aku bukak pintu pagi2, oyen tak naik tidur sebelah aku, aku macam tertunggu2 jugak la.. lepas tu kakak aku jerit panggil cakap tengkuk oyen berdarah. aku zupp sepantas kilat turun ke bawah. tak jadi nak tidur. sedihnyaa aku tengok time tu tengok tengkuk dia berdarah. mak aku suruh buh ubat gamat sapu dekat luka dia.. aku pun sapu lah luka dia.. lepas beberapa hari kejadian  tu dia hilang.. aku rasa sedih gila.. hari hari aku pusing dekat area rumah aku.. cari dia.. cari oyen.. mak aku cakap maybe dia dah mati, selalu kucing kalau mati dia takkan mati depan tuan dia.. aku sedih sangat mak aku cakap camtu. aku paksa kakak aku yang dua orang tu pusing satu taman cari oyen.. tapi still tak jumpa.. time tu dua minggu aku menangis sebab teringat oyen.. 

last last sebab mak aku tengok aku ni asyik sedih je, dia pergi rumah tokwan aku.. tokwan aku time tu ada bela kucing siam, ada la anak kucing siam, comel sangat! tapi aku takde gambar dia nak tunjuk kat korang.. tapi dia comel.. empat empat kaki pakai stokin.. so aku namakan dia Omey, sebab omeyyyy giler.. lepas dah dapat omey aku dah semakin tak sedih lagi.. sebab ada peganti. tapi oyen still ada dalam hati aku. kucing yang paling bijak pernah aku bela.. time tu jugak kakak aku bawa balik seekor kucing parsi bernama Adik, pelik tak? entah kenapa kakak aku buh nama tu.. dah la sama nama dengan aku. kadang kadang orang panggil kucin aku yang menyahut. hehe.. Omey ni aku bela dia sampai besar.. dia main main la dengan Adik, pastu bila aku dah sayang gila Omey ni, satu hari tu aku terkejut dia muntah muntah kaler hijau, bila aku tengok ada macam daun daun sikit dalam muntah dia tu.. mak aku cakap maybe dia terkena racun rumput. aku sedih time Omey mati tu.. mati depan aku.. sedih.. last last mak aku suruh abang aku tanam tepi rumah.. sedih.. pastu aku pergi buat batu nisan dekat kubur dia.. macam orang bodoh kan? wahah tapi time tu sedih tuhan saja yang tau.. sejak dari hari tu kami ada kucing kakak aku yang nama Adik ni je.. 

lepas tu adik ada beranak. nama anak Adik, Puteh, Cokalet dengan Abutina, kakak aku memang suka buh nama kucing dia pelik pelik.. tapi aku tak kisah la.. muhehe tapi gambar Puteh dengan Abutina ni aku ada simpan tau satu.. 

comel tak tayang mama? time tu camera henfon stock VGA je, so gambar pun tahpape la sikit.. muhehe.. sejak lepas tu kucing kucing dirumah aku semakin banyak.. sebab abutina ni pun dah dapat anak.. kiranya kucing yang nama Adik tu dah jadi opah.. tapi selepas itu semuanya mati.. tinggalah hanya Puteh seorang.. tetapi masa aku tingkatan 3, si putih ni hilang dua bulan.. lepas dua bulan tu dia datang balik. terkejut aku! tapi time tu dia dah berkurap berkudis la.. kami bawa dia pergi klinik.. kemudian dia comel seperti biasa kembali.. tapi malangnya ada satu pagi tu, aku pergi sekolah, aku singgah kejap rumah kawan aku, makcik jiran aku cakap "kucing kamu kan yang gebu warna putih tu?" aku jawap " ye kenapa makcik?" pastu makcik tu cakap "dia ada mati semalam belakang rumah makcik, ada anjing makan, penuh bulu dia belakang rumah makcik." time tu aku sedih tak terkata. walaupun time tu aku berumur 15 tahun tapi aku tetap pergi sekolah sambil kayuh basikal sambil nangis disebabkan kucing aku mati.

jika anda pencinta kucing, u know what i mean :(

sekarang, umur aku dah 23, aku teringin nak bela kucing balik.. wooi sapa ada kucing? bagi la dekat aku :(

Tuesday, December 17, 2013

mengomel tentang diri ini.

Assalamualaikum..
oh ye harini tak berapa sihat. semalam dah seram seram sejuk macam nak demam,
pastu macam macam la badan ni rasa.. rupanya aku keracunan makanan / food poisoning.
haih aku rasa dalam tahun ni dah kerap aku kena food poisoning ni. entah kenapa. tu lah aku ni semua nak lahap je makan kan.. Asal ada makanan ngapp! tu lah badan pun dah naik.. tak macam dulu, bila tengok gambar lama lama tu aku rasa macamm ehh kurusnya! bila tengok pic sekarang, ehh gemoknya! teruss delete ~! T_T wakaka.. (gelak tak iklas sangat)

pastu sambil aku baring baring tadi kan, aku terpikirlah. bila lah aku nak makan makanan yang sihat ye?
maksud aku nutrition yang cukup la. oh FYA, sebenarnya dari kecik aku tak makan SAYUR.
ohh elergiccc gila aku bila nampak sayur, kalau makan ape ape yang bergoreng, aku mesti oder taknak sayur, kalau dah bergoreng siap aku sanggup asing asing segala sayur tu terutamanya TAUGEH. pergh taugeh ni aku sangat lah benci. kalau tergigit confirm rasa spoilllll nak makan.

pastu aku pulak suka makanan yang tak sihat contohnya, eh bukan contoh lagi, kebenarnya adalah bergorengg! dah la berminyak, junk food, and paling penting fast food. giler lah suka. kalau orang ajak "eh jom makan KFC, eh jom makan MCD, aku NEVER SAY NO. haha then pastu bila oder tu mesti nak ayam bahagian tigh dengan rib, sebab tang tu la banyak isinyee pon. pastu nak nak pulak tambah cheesy wedges. oh mak aiii.. ehh kenapa aku cerita pasal kfc lak ni? okey lari topik. haha

so tiba tiba azam aku nak masuk tahun baru ni aku nak try makan sayur and jaga pemakanan aku. dan try cuba nak kurus. sebab aim untuk tahun depan ni besar, insyaAllah naik pelamin. so kalau boleh nak pakai baju lawa lawa kan? so aku pikir kalau nak kurus bukan je jaga pemakanan, kena exercise jugak kan! tapi aku kalau exercise sekejap je mesti sempooottt.. so aku pikir sambil baring tadi, haa.. aku menari jelah. sebab dari dulu masa sekolah menengah aku ada geng tau, kami sebelum pergi sekolah mesti menari dulu. paling penting lagu spice girl! gila koo aku minat gila spice girl ni. budak zaman sekarang bukan tau. ahaha maybe sebab tu dulu aku kurus keding sebab banyak aktiviti and banyak bergerak. hari hari pergi sekolah kayuh basikal. petang pulak kayuh basikal pergi tuisyen. berat pun tak lari la 37, 38, 39. susah nak capai 40kg tu masa nak masuk kolej. bila masuk kolej jadi melemak sikit sebab pergi kolej naik moto skuter ego aku tu. leww.. pergi kedai dekat2 yang berapa ratus meter tu pon naik motoooo.. punya pemalas kan. sekarang pun sama. semua naik kereta, dekat2 pun naik kereta. pastu aku tersedar aku dah jarang bergerak dan buat aktiviti berpeluh. kalau berpeluh pun time aku buat kerja tangkap gambar. tapi takkan aku asyik nak tangkapgambar je kan? nak shoot sape pun dah tak tahu.

okey so lepas entry aku ni, azam aku tahun depan aku nak kurus! hari hari nak cucuk leptop dekat tb and pasang lagu yang banyak step! ohhhh yeah! kemon.. hahaa over pulak. k bye :)


aku ambik masa 30 minit untuk publish entry ni sebab tak tau ending ni nak letak pic ape?
jenuh godek godek folder yang ada. last last aku letak pic ni. seperti biasa kadang2 ending gambar tak de kena mengena dengan tajuk. harap tak menyampah. k bye T_T


Monday, December 9, 2013

first step done

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pengakhiran 2013 yang sungguh mengujakan bagi diri aku.
impian yang aku tanam sejak dari 2011 hampir tercapai.
terima kasih mak dan abah, atas green light ni..
first step sudah selesai. second step pulak..
lega rasanya hati. bukan apa.. tak elok kan berkawan lama lama.
sejak dari 2007 lagi kawan, kalau orang lain dah beranak pinak dah..
aku baru nak first step.
tapi syukur akhirnya Allah tunaikan impian aku.

bukan apa, mak abah aku ni terlalu risau akan anaknya ni.
biasa lah, mak bapak mana yang tak sayang anak kan?
mesti lah dia nak kehidupan anaknya terjamin, dunia akhirat.
mesti nak lelaki yang boleh bimbing aku, jaga aku, seperti mereka.

bila ekonomi aku dan dia dah stabil baru lah mak abah aku izinkan.
tapi syukur la rezeki aku murah, dapat pekerjaan tetap, gaji pun alhamdulillah boleh sara diri, dia pun dah pekerjaan tetap, gaji pun boleh bela aku.
ianya bukan apa, aku ni demand sikit tentang bab makan, bukan apa, dah terbiasa sentiasa makan yang mahal, kaki shopping, risau jugak la mak bapak aku.. tapi dah bekerja ni buat masa sekarang aku masih mampu tampung segala keperluan aku. aku tak pernah menyusahkan sesiapa.

mungkin berita baik untuk aku ni akan berlangsung tahun depan insyaAllah, aku mungkin tak bertunang, terus kawin, bukan apa, dah kawan 7 tahun dengan dia. tunang tu bagi aku membazir masa. hehe :)

aku harap korang doakan impian aku ini dimakbulkan insyaAllah amin :)



aku dan dia (senyum besorr baq hang =P)